‘PH telinga nipis’ - Ismail Sabri - Utusan Malaysia

‘PH telinga nipis’ – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 21 Feb. – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai telinga nipis apabila mencabar seterunya untuk mengambil tindakan saman sekiranya membawa isu Tabung Haji dalam tempoh berkempen.

Naib Presiden UMNO yang turut menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malah memberitahu, semua pihak bebas untuk mengambil tindakan saman sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

“Kita dahulu apa-apa fitnah (musim berkempen) tidak pernah hendak saman orang. Dia dahulu macam hero sangat, dia dulu juga kata itu hak demokrasi dan memperjuangkan kebebasan bersuara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini cakap sikit hendak saman, itulah taraf pemimpin yang ada dalam PH,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Daerah Mengundi Barisan Nasional di Kantan Permai di sini semalam.

Yang turut hadir ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua UMNO bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof memberitahu bahawa beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap individu yang cuba menabur fitnah kepada dirinya dan Tabung Haji.

Mujahid malah mengingatkan, pernah memenangi kes saman fitnah terhadap seorang profesor yang menulis artikel mendakwa dirinya menjadi kuda tunggangan DAP. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×