Petronas bersama rakan kerjasama temui sumber gas terbesar di Indonesia - Utusan Malaysia

Petronas bersama rakan kerjasama temui sumber gas terbesar di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 20 Feb. – Syarikat tenaga gergasi Sepanyol, Repsol mengumumkan semalam ia menemui sumber gas asli terbesar bersama rakan kerjasamanya, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dan syarikat Jepun, Mitsui Oil Exploration (Moeco).

Menurut laporan Channel NewsAsia yang memetik AFP, penemuan di Sumatra Selatan itu disifatkan sebagai penemuan gas terbesar di Indonesia dalam tempoh 18 tahun dan merupakan satu daripada 10 yang terbesar di dunia dalam tempoh 12 bulan lalu.

“Penemuan ini dibuat di blok Sakakemang di Sumatra Selatan, yang mana Repsol sebagai operator memiliki 45 peratus kepentingan kerja,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Daripada jumlah itu, 45 peratus dimiliki Petronas manakala Moeco pula 10 peratus.

Repsol menganggarkan telaga itu mempunyai sekurang-kurangnya 57 bilion meter padu sumber yang boleh diperoleh semula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×