Peserta PKKI bakal nikmati harga diskaun nilai tambang LRT, monorel dan bas Rapid - Utusan Malaysia

Peserta PKKI bakal nikmati harga diskaun nilai tambang LRT, monorel dan bas Rapid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 22 Feb. – Peserta Program Kebajikan dan Khidmat Imigran (PKKI) anjuran Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) bakal menikmati diskaun tambang perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), monorel dan bas Rapid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Peka, Datuk Zuhairi Ab. Kadir berkata, surat permohonan berhubung diskaun itu telah dihantar ke Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk dipertimbangkan.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 37,200 peserta yang berdaftar dengan PKKI.

“Dengan adanya kemudahan seperti diskaun itu, Peka akan mewajibkan setiap peserta PKKI menjadi pengguna tetap perkhidmatan pengangkutan Prasarana.

“Peka mengharapkan pihak Prasarana mempertimbangkan pemberian diskaun yang munasabah dan menyokong usaha itu memandangkan sebahagian besar masyarakat antarabangsa merupakan pengguna dan penyumbang ekonomi kepada pengangkutan awam,” katanya di sini hari ini.

Zuhairi berkata, Peka bersedia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Prasarana bagi membolehkan pemberian diskaun itu dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN