SHAH ALAM 13 Feb. – Saksi keempat inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd.Kassim memaklumkan dia nampak seorang anggota bomba dalam keadaan kaki melunjur dan badan membongkok seolah-olah menahan sakit di lokasi berlakunya rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dekat sini pada 27 November lalu. Amirul Adli, 26, berkata, ketika itu, dia memeriksa sekeliling kenderaan jenis Hyundai miliknya kerana keretanya rosak di bahagian depan akibat pelanggaran yang berlaku semasa kekecohan…










