Peruntukan AIM naik RM2.5 bilion - Utusan Malaysia

Peruntukan AIM naik RM2.5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

kUALA LUMPUR 23 Feb.– Kerajaan menaikkan peruntukkan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) daripada RM2.3 bilion kepada RM2.5 bilion pada tahun ini untuk disalurkan kepada golo­ngan berpendapatan rendah B40.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, menerusi peruntukan itu, pihaknya berharap dapat membantu lebih ramai golongan B40 untuk menceburi perniagaan.

Katanya, pembiayaan disediakan itu secara tidak langsung dapat membolehkan golongan sasaran untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan bagi mengubah nasib hidup keluarga mereka.

“Selain itu, kerajaan juga menyasarkan bilangan 400,000 orang sebagai Sahabat AIM dapat dicapai menjelang hujung tahun ini berbanding kini iaitu 310,000 orang.

“Jika lebih ramai menyertai AIM, ia dapat membantu mereka keluar daripada arus kemiskinan kerana agensi ini bukan sahaja berperanan menjadi platform pembiayaian, tetapi juga sebagai pembim­bing kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia keusahawanan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Fiesta Sahabat AIM 2019 di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di sini hari ini.

Menurut Rina lagi, AIM menawarkan tawaran pembiayaian mikro kredit serendah RM3,000 sehingga RM30,000.

“Misalnya wanita yang ingin menjual nasi lemak atau membuka gerai pisang goreng, mereka boleh menyertai AIM bagi mendapatkan pembiayaan mo­dal awal perniagaan,” katanya.

Pada masa sama, Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Junaidah Kiting berkata, Program Fiesta Sahabat AIM akan diperluaskan di seluruh negara bagi menarik lebih ramai penyertaan Sahabat AIM.

Katanya, AIM diwujudkan bukan sahaja membantu golo­ngan B40 khususnya wanita dan masyarakat luar bandar menceburi perniagaan tetapi ingin membantu mereka keluar daripada kemiskinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN