Persatuan Pandu Puteri banyak ajar saya jadi pemimpin - Permaisuri Agong - Utusan Malaysia

Persatuan Pandu Puteri banyak ajar saya jadi pemimpin – Permaisuri Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Raja Permaisuri Agong yang juga Penaung Diraja Pandu Puteri Malaysia, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar bertitah Persatuan Pandu Puteri banyak mengajar baginda untuk menjadi seorang pemimpin sepanjang 50 tahun menyertai persatuan itu sejak 1969.

Tunku Hajah Azizah bertitah, sepanjang tempoh itu, baginda berkhidmat kepada lapan Permaisuri Agong, lapan pesuruhjaya dan menjadi Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia kepada empat isteri Perdana Menteri yang selalunya dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli Pandu Puteri yang banyak mendidik serta mengajar saya untuk menjadi seorang pemimpin.

“Melalui Persatuan Pandu Puteri saya banyak buat kawan di seluruh dunia,” titah di Majlis Perasmian Sambutan Hari Peringkat Sedunia 2019 Peringkat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu di Pengkalan Chepa di sini malam ini.

Turut berangkat Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN