KUALA LUMPUR 27 Feb. – Pos Malaysia Bhd. merekodkan perolehan sebanyak RM581.2 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2018, turun 6.4 peratus berbanding RM620.7 juta yang dicatatkan pada tempoh sama 2017. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md. Najib Syed Md. Noor berkata, ia disebabkan oleh penurunan perolehan perkhidmatan pos susulan kejatuhan jumlah mel sebanyak dua angka dalam jumlah mel. Katanya, penurunan perolehan juga berikutan perniagaan logistik susulan…










