Perolehan Coway RM1.29 bilion - Utusan Malaysia

Perolehan Coway RM1.29 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Coway (M) Sdn. Bhd. (Coway) mencatatkan perolehan jualan tahunan sebanyak RM1.29 bilion pada 2018 meningkat 64 peratus berbanding RM789 juta pada tahun sebelumnya.

Pengarah Urusannya, Kyle Choi Ki-Ryong berkata, daripada jumlah itu sebanyak 75 peratus disumbangkan oleh jualan produk penjagaan air.

Menurut beliau, antara produk yang menjadi penyumbang utama adalah penapis air Ombak yang mendapat sambutan menggalakkan sejak pelancarannya pada November 2018.

“Sebagai peneraju kepada jenama penapisan air dan udara di Malaysia Coway telah mencapai satu juta pelanggan pada pertengahan Disember lalu.

“Malaysia merupakan pasaran kedua Coway dan sentiasa menyokong pertumbuhan kami selama lebih 12 tahun. Kami menjadikan sokongan ini untuk berinovasi, mengadaptasi dan menyampaikan perkhidmatan berdasarkan keperluan rakyat negara ini,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Tambah Ki-Ryong, landskap semasa yang dipenuhi dengan kemajuan teknologi serta pertambahan persaingan boleh memberikan kesan negatif, tetapi Coway sentiasa bersedia untuk berdepan cabaran.

“Jualan kami bersandarkan kepada pendidikan dan membekalkan pengguna dengan kepentingan menggunakan air bersih, penapisan air dan kualiti. Pada masa sama, pasukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) memiliki akses kepada teknologi terkini yang boleh dikemas kini dan melepasi piawaian pasaran,” katanya.

Mengenai prospek 2019, Ki-Ryong berkata, pihaknya merancang untuk meningkatkan kedudukan dengan memperkenalkan produk dan kempen terbaik untuk memberi perkhidmatan kepada para pelanggannya.

Katanya, Coway juga akan mengembangkan perniagaannya melangkaui segmen penjagaan air.

“Konsep Live Pure yang dipegang Coway melangkaui sempadan negara dan berharap dapat mencapai dua juta pengguna di seluruh rantau Asia Tenggara. Ini bagi memastikan ia memenuhi misi kami untuk memastikan setiap individu mempunyai gaya hidup yang sihat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN