Perodua jual 20,100 unit kereta bulan lalu - Utusan Malaysia

Perodua jual 20,100 unit kereta bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mencatat jualan memberangsangkan sebanyak 20,100 unit kenderaan sepanjang Januari tahun ini.

Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin, pihak­nya menganggar­kan bahagian pa­­­­­sa­­ran Perodua ada­­lah sebanyak 41.7 pe­ratus pada Ja­nuari, sekali gus men­catat pe­ning­ka­tan sebanyak 9.2 peratus daripada 18,400 jualan unit kenderaan pada Disember 2018.

Kata beliau, pe­ningkatan tersebut turut dibantu jualan model terbaharu Perodua iaitu Aruz yang sehingga kini telah menerima kira-kira 8,000 tempahan.

“Walaupun berlaku sedikit kelewatan dalam proses pendaftaran Aruz, kami berjaya memaksimumkan penyerahannya dalam jangka masa singkat demi memanfaatkan cuti Tahun Baharu Cina.

“Walaupun Aruz telah men­dapat respons yang baik de­ngan tempahan sebanyak 8,000 unit setakat ini, model­model kami yang lain juga turut diterima baik dengan le­bih daripada 19,000 unit te­lah didaftarkan pada Januari,” katanya dalam ke­nyata­an di sini hari ini.

Menurut beliau, model Pero­dua yang lain iaitu Axia, Bezza dan Alza juga dijual dengan jumlah yang tinggi pada bulan lalu, masing-masing sebanyak 5,500, 3,400 dan 1,600 unit.

“Bagi model­model lain, jua­lan amat memberangsangkan dengan Pero­dua Myvi masih meng­ungguli jualan iaitu lebih 8,400 unit dijual pada bulan Januari,” katanya.

Mengulas mengenai spekulasi peningkatan harga bagi Perodua Aruz, Zahari me­negaskan harga tanpa insu­rans bagi model itu kekal pada RM72,900 bagi varian X dan RM77,900 (varian Advance).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN