KUALA LUMPUR 4 Feb. – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mencatat jualan memberangsangkan sebanyak 20,100 unit kenderaan sepanjang Januari tahun ini. Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin, pihaknya menganggarkan bahagian pasaran Perodua adalah sebanyak 41.7 peratus pada Januari, sekali gus mencatat peningkatan sebanyak 9.2 peratus daripada 18,400 jualan unit kenderaan pada Disember 2018. Kata beliau, peningkatan tersebut turut dibantu jualan model terbaharu Perodua iaitu…










