Permohonan ditolak kerana kerja-kerja penyelenggaraan - MBPP - Utusan Malaysia

Permohonan ditolak kerana kerja-kerja penyelenggaraan – MBPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 22 Feb. – Penolakan permohonan bagi menggunakan Stadium Bandaraya di sini untuk ceramah umum Dr. Zakir Naik disebabkan lokasi itu terikat dengan jadual kerja-kerja penyelenggaraan.

Perkara itu dijelaskan Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini hari ini selepas surat penolakan tersebut tersebar di laman sosial sejak semalam.

Menerusi kenyataan itu, MBPP menjelaskan, pihaknya mempunyai rutin penyelenggaraan padang dan stadium yang perlu dilaksanakan bagi memastikan lokasi berkenaan sentiasa dalam keadaan baik untuk semua akiviti sukan.

Tambahnya, kerja-kerja penyelenggaraan stadium dan padang telah dijadualkan sebelum permohonan diterima daripada Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa, Pulau Pinang (Ipsi) untuk menganjurkan ceramah umum Dr. Zakir Naik pada 14 Jun ini.

Katanya, Stadium Bandaraya juga telah menerima tempahan daripada Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) bagi Perlawanan Bola Sepak Liga Premier 2019 yang dijadualkan berlangsung di situ dari Februari hingga Julai ini.

Selain itu, jelas kenyataan tersebut, Stadium Bandaraya juga telah ditempah oleh sekolah-sekolah, persatuan dan kelab sukan lain untuk acara sukan.

“Oleh itu, MBPP tidak dapat mempertimbangkan pemohonan yang dikemukakan,” demikian menurut kenyataan itu.

Semalam, surat penolakan bagi menggunakan stadium itu oleh MBPP yang ditujukan kepada Ipsi selaku penganjur tular di dalam media sosial.

Perkara itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang mendesak kerajaan negeri dan MBPP memberikan penjelasan mengenai penolakan permohonan tersebut selepas tidak dinyatakan menerusi surat berkenaan.

Ceramah umum Dr. Zakir Naik itu dirancang diadakan di lokasi berkenaan pada 14 Jun ini bermula pukul 8 malam hingga 11 malam dengan anggaran kehadiran antara 10,000 hingga 15,000 orang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN