MANCHESTER 13 Feb. – Ole Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United sudah tersedar daripada realiti apabila tewas 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi pertama 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara. Solskjaer menerima kekalahan pertamanya selepas 12 perlawanan sebagai jurulatih sementara United dengan kedua-dua gol tersebut dijaringkan pada babak kedua oleh Presnel Kimpembe dan Kylian Mbappe di Old Trafford. United juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Paul Pogba menerima dua kad…










