LONDON 1 Feb. – Liverpool dan Manchester United mungkin antara pasukan yang memiliki sejarah permusuhan terhebat dalam bola sepak, malah pertemuan kedua-dua gergasi Liga Perdana Inggeris ini sering menjadi tumpuan peminat. Bagaimanapun di luar padang, pemain mereka sebenarnya amat profesional dan memiliki semangat kesukanan tinggi. Baru-baru ini, penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah dan bintang tengah United, Paul Pogba dipertemukan dalam satu sesi fotografi syarikat barangan sukan gergasi, Adidas. Kedua-duanya tampak gembira dapat bertemu, malah berkongsi gambar mereka dalam media sosial. “Bekerjasama dengan Raja Mesir,” tulis Pogba yang memuat naik gambarnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya