Penurunan Indeks Harga Pengguna bukan deflasi 2009 - Utusan Malaysia

Penurunan Indeks Harga Pengguna bukan deflasi 2009

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Januari lalu bukan disebabkan oleh kelemahan permintaan atau pertumbuhan ekonomi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebaliknya, penurunan itu berpunca daripada faktor bekalan dalam bentuk harga input yang lebih murah iaitu pengurangan harga minyak petrol dan minyak lain.

“Ini menjadikan penurunan harga dalam bulan Januari lalu sangat berbeza daripada deflasi harga yang berlaku semasa tahun 2009.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa Krisis Kewangan Sedunia, Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi di mana keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara merudum 5.8 peratus untuk suku pertama, jatuh 3.7 peratus pada suku kedua dan kemudiannya turun 1.1 peratus pada suku ketiga pada tahun 2009,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, IHP pada Januari lalu dilaporkan susut 0.7 peratus kepada 120.5 berbanding 121.3 bagi tempoh sama tahun lepas.

Menurut Guan Eng, deflasi harga dari sudut tahun ke tahun hanya berlaku setelah kemelesetan berlangsung selain pengeluaran industri merosot dengan mendadak sebelum kemelesetan ekonomi dan deflasi harga bermula.

“Ini bermakna deflasi harga bagi tahun 2009 disebabkan oleh kemelesetan ekonomi apabila sektor isi rumah dan perniagaan mengurangkan pembelian mereka,” katanya.

“Pertumbuhan ekonomi yang sihat dengan KDNK tahun lalu meningkat 4.7 peratus, memadamkan sebarang kebimbangan deflasi ekoran penurunan IHP,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×