Pengusaha limau jutawan terakhir BSN SSP 2018 - Utusan Malaysia

Pengusaha limau jutawan terakhir BSN SSP 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERTUAH. Seorang pengusaha ladang limau dari Terengganu, Yahaya Abdullah menjadi pemenang jutawan terakhir Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN SSP) untuk tahun 2018.

Beliau memenangi simpanan tunai bernilai RM1 juta menerusi Cabutan Istimewa BSN SSP untuk bulan Disember lalu bagi mengakhiri kempen ‘Pencarian Diteruskan! 12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan’ yang diadakan di Wisma BSN, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd. Ghani berkata, sehingga Disember tahun lalu BSN SSP mencatat lebih 3.27 juta penyimpan yang memiliki nilai simpanan lebih daripada RM3.39 bilion.

Menurutnya, untuk tahun 2019, BSN masih mengekalkan hadiah simpanan tunai BSN SSP sebanyak RM1 juta bagi pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP-Hadiah Bulanan bulan Januari hingga November 2019 tetapi hadiah bulan Disember dinaikkan dua kali ganda kepada RM2 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN