Pengiring jemaah haji tidak layak dapat subsidi - Utusan Malaysia

Pengiring jemaah haji tidak layak dapat subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Pengiring jemaah haji yang menunaikan haji lebih awal daripada tahun peruntukan tidak layak mendapat subsidi haji yang disediakan.

Pentadbir akaun Facebook Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berkata, subsidi haji hanya diberikan kepada bakal jemaah yang terpilih bagi tahun semasa.

“Untuk makluman subsidi haji hanya diberikan kepada Bakal Haji yang Terpilih bagi tahun semasa di mana tahun peruntukan adalah tahun 1440H/2019M dan yang menunaikan haji buat kali pertama secara Muassasah.

“Bagi pengiringatau yang merayu dan berjaya, ini bermakna mereka pergi menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan dan tidak layak mendapat subsidi haji,” katanya yang membalas komen seorang pengguna Facebook dalam satu hantaran.

Utusan Malaysia sedang cuba mendapatkan maklum balas serta penerangan lebih lanjut tentang perkara berkenaan dengan Tabung Haji. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN