KUALA LUMPUR 9 Feb. – Individu pengganti bagi jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalannya akan diputuskan dalam masa terdekat. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu perbincangan akan diadakan beliau bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi memilih pengganti untuk kedua-dua jawatan penting dalam pasukan polis itu. “Kita akan putuskan nanti pengganti-pegganti bagi jawatan penting dalam polis, insya-Allah saya akan bincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir…










