Pengawal keselamatan maut digilis dalam kemalangan langgar lari - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan maut digilis dalam kemalangan langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH – Seorang pengawal keselamatan maut dalam satu kemalangan langgar lari di Jalan Bukit Cherakah, berhampiran sebuah universiti tempatan di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Yazid Kamdani, 43, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepalanya kerana digilis di bahagian kepala oleh sebuah kenderaan berat dipercayai lori.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superitendan Azman Shari’at berkata, pihak polis Trafik Sungai Buloh menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.35 pagi tentang kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda dengan sebuah kenderaan berat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Alam Denai menuju ke rumah adik iparnya di Meru, Klang. Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa hilang kawalan setelah terlanggar dengan batu di bahu jalan sebelah kirinya hingga menyebabkan dirinya tercampak ke tengah jalan.

“Pada waktu yang sama, bahagian kepalanya telah digilis oleh tayar belakang kenderaan berat itu yang bergerak di lorong kiri pada jalan yang sama. Lori itu tidak menyedari perkara tersebut dan meneruskan perjalanannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman menambah, motosikal mangsa mengalami kerosakan di bahagian lampu hadapan manakala mangsa disahkan maut oleh anggota paramedik Hospital Sungai Buloh yang berada di lokasi kejadian.

“Saksi bebas serta pemandu kenderaan yang terlibat sedang dikesan untuk membantu siasatan.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu hingga menyebabkan kematian,” ujarnya.

Saksi bebas yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Riduan Ab, Razak di talian 017-3242787. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×