BAHANG Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pernah dipanaskan sensasi apabila nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikaitkan sebagai calon untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac nanti. Pemilik nama sebenar Siti Nurhaliza Tarudin, 40, menjadi mangsa permainan politik apabila dikatakan bakal mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenangi PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).…