Penganggur dituduh bunuh lelaki tiga tahun lalu - Utusan Malaysia

Penganggur dituduh bunuh lelaki tiga tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 15 Feb. – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Jalan Kantan di Buntong dekat sini, tiga tahun lalu.

Muhammad Firdaus Naim Thikayarajan, 24, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Fauzi.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa membunuh M. Serentharan, 26, di belakang padang futsal berdekatan Jalan Kantan Buntong di sini antara pukul 9 hingga 10 malam pada 5 September 2016.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala tertuduh diwakili peguam, Charan Singh.

Majistret Nurul Hafizah menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan semula kes.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN