Penduduk Palestin solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa - Utusan Malaysia

Penduduk Palestin solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 23 Feb. – Buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun, penduduk Palestin dibenarkan menunaikan solat Jumaat di kawasan berhampiran pintu Al-Rahma yang terletak di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa, semalam.

Al Jazeera melaporkan, penduduk Palestin menggunakan peluang itu selepas laluan pintu masuk dan tangga menuju ke dewan yang ditutup oleh pihak berkuasa Israel selama bertahun-tahun dibuka semula oleh pegawai agama Islam.

Dewan berkenaan terletak tidak jauh dari Masjid Al-Aqsa.

Israel menutup kawasan tersebut pada 2003 dan pada 2017, mahkamah Israel mengekalkan arahan penutupan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN