MELAKA 28 Feb. – Seorang pencuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan topi keledar dan pengunci besi motosikal pada Oktober lalu. Syed Mohd. Norhasrul Tuan Rosely, 30, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail. Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap isterinya, Nurul Sakinah Azalan, 31, dengan cara memukul seluruh badan mangsa dengan menggunakan topi keledar dan pengunci besi motosikal. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Ujong Pasir di sini kira-kira…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya