Pemilik 'rumah neraka' seksa 12 anak mengaku bersalah - Utusan Malaysia

Pemilik ‘rumah neraka’ seksa 12 anak mengaku bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 23 Feb. – Sepasang suami isteri yang didakwa menyeksa, mengurung dan membiarkan 12 daripada 13 anak mereka tanpa makan minum di dalam sebuah ‘rumah neraka’ yang mendapat perhatian antarabangsa mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Menurut Pejabat Peguam Riverside County, David Allen Turpin, 56, dan isterinya, Louise Anna Turpin, 50, dari Perris, mengaku atas 14 kesalahan feloni atau jenayah berat, termasuk satu tuduhan menyeksa, melibatkan 12 daripada 13 anak mereka yang berusia antara tiga hingga 30 tahun.

Kes berlaku pada tahun lalu dan diketahui umum selepas salah seorang anak perempuan tertuduh berjaya melarikan diri melalui tingkap rumah dan mendapatkan bantuan pihak berkuasa keselamatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laporan akhbar sebelum ini menyebut, gadis itu memaklumkan 12 lagi adik-beradiknya dikurung di dalam rumah dan ada sebahagiannya dirantai serta dikunci.

Polis memaklumkan, hasil siasatan mendapati beberapa kanak-kanak diikat pada katil dalam keadaan persekitaran gelap dan busuk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×