KOTA TINGGI 8 Feb. – Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa empat beranak di kilometer 55 Jalan Kota Tinggi-Kluang dekat sini semalam telah direman selama tiga hari bermula semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu berusia lingkungan 30-an itu mendapati negatif dadah. “Permohonan reman dibenarkan selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi membantu siasatan mengikut Seksysen 41…










