Pemandu maut ditindih kayu balak - Utusan Malaysia

Pemandu maut ditindih kayu balak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seorang pemandu maut ditindih muatan kayu balak selepas lori treler dipandunya itu terjatuh ke dalam gaung dalam nahas jalan raya di Kilometer 25 di Bukit Layang-Layang  Jalan Tenom-Sipitang malam tadi.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Dominic, maut di tempat kejadian.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, balai bomba jabatan itu di Tenom menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.28 malam dan menghantar sebuah jentera bersama tujuh pegawai serta anggota.

Kenyataan itu berkata lori treler membawa muatan kayu balak itu terbabas sendiri dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 35 meter.

Menurut kenyataan itu, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan mengorek tanah disebabkan mangsa tertindih muatan kayu balak.

Operasi tamat pada pukul 12.35 tengah malam dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN