Pemandu lori maut leka lihat kemalangan - Utusan Malaysia

Pemandu lori maut leka lihat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Gara-gara leka melihat kemalangan, seorang warga emas maut selepas lori dipandunya melanggar sebuah lori di hadapannya dalam kejadian di Jalan Pelabuhan Barat di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa dikenali Devernyanan, 63, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di bahagian kenderaanya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa dalam perjalanan ke pusat bandar dari Pulau Indah di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan telah leka melihat kemalangan di laluan bertentangan sebelum melanggar belakang sebuah lori di hadapannya.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Amar menambah, mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Jelas beliau, seorang lagi pemandu lori berusia 36 tahun yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN