KANGAR 11 Feb. – Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) yakin tiada pemain pasukan itu terlibat dalam gejala rasuah atau terbabit dengan bookie. Presidennya Datuk Ahmad Amizal Ahmad Rafie berkata, beliau menaruh sepenuh kepercayaan terhadap pemain meskipun persatuan berdepan masalah tunggakan bayaran gaji. “Saya penuh kepercayaan pemain-pemain Perlis tidak akan melibatkan diri dengan perbuatan haram itu kerana mereka lebih sayangkan karier masing-masing,” katanya kepada Bernama hari ini. Beliau diminta mengulas pendedahan…








