Peluang keemasan untuk lelaki di Shopee - Utusan Malaysia

Peluang keemasan untuk lelaki di Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kempen jualan murah platform e-dagang terkemuka, Shopee datang lagi!

Kali ini khas untuk golongan lelaki yang mahukan gaya terkini dengan harga yang murah dan berpatutan, Shopee For Men menawarkan pelbagai barangan yang mampu dimiliki oleh golongan ini bermula 21 Februari hingga 25 Februari ini.

Bagi para jejaka yang ingin mendapatkan gaya terkini 2019 dengan harga berpatutan, maka  kempen jualan murah Shopee For Men ini merupakan platform terbaik untuk mereka melaram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini kerana melalui kempen ini Shopee menawarkan harga runtuh pada setiap hari mengikut tema.

Kempen jualan murah dimulakan hari ini (21 Februari) bertemakan Teknologi, Permainan Video
dan Peminat Kereta yang sudah tentu ditunggu-tunggu oleh peminat gajet dan teknologi.

shopee
 

“Pada hari ini beberapa jenama seperti Samsung menawarkan pratempahan telefon pintar  terbaharu Samsung S10 dengan potongan RM100 dan jualan murah untuk minyak engine Petron,”
jelas Shopee dalam satu kenyataan hari ini. 

Pada 22 Februari pula, Shopee For Men membawakan tema dandanan lelaki yang memberi  pilihan terkini dalam fesyen pakaian, aksesori, produk tatarias daripada jenama terkenal seperti
Timberland, Levi’s, Fossil, Ubermen, Dashing, Head and Shoulders dan banyak lagi.

shopee
 

Tema Kesihatan dan Kecergasan pula mengambil tempat pada 23 Februari dengan menawarkan
pelbagai produk untuk makanan tambahan, barangan bersukan seperti GNC dan Optimum nutrition.

shopee
 

Bagi lelaki yang telah berkeluarga pula, 24 Februari merupakan hari yang pasti tidak akan dilepaskan untuk membeli belah di Shopee apabila ia mengambil tempat jualan murah Shopee For Men yang bertemakan Lelaki Berkeluarga.

“Mereka boleh mencari barangan dengan harga murah untuk barangan kelengkapan rumah, buku, produk hiasan rumah, barangan dapur yang akan dihantar di depan pintu rumah anda.

shopee
 

“Pada 25 Februari merupakan “Super Men Day” yang menawarkan harga menakjubkan  melibatkan pelbagai kategori produk untuk lelaki,” kata Shopee.

shopee
 

Keseronkan kempen jualan murah kali ini tidak terhenti di situ sahaja apabila Shopee menawarkan pulangan balik 200 peratus perbezaan harganya jika label Jaminan Harga Rendah di
Shopee boleh didapati dengan harga lebih rendah di platform e-dagang pesaingnya.

“Jika pembeli mendapati pesaing menjual harga yang lebih murah pada label barang Jaminan
Harga Rendah kami, mereka boleh tuntut kembali perbezaan harga wang mereka dengan nilai 200
peratus,” jelas Shopee.

shopee
 

Selain itu, kempen Shopee For Men turut mengadakan Shocking Sale sebanyak lima kali sehari dan permainan Slicing Samurai Game pada pukul 12 tengah malam dan 12 tengah hari dalam tempoh itu. Permainan ini membolehkan anda memenangi Shopee Coins, baucer dan hadiah menarik seperti Realme 2 Pro, Pineng Power Bank, SonicGear USB Speaker, Ice-Watch BMW Motorsport Steel Chrono, dompet Fossil dan banyak lagi.

shopee
shopee 

Menariknya lagi di laman sosial Instagram Shopee turut mengadakan pertandingan #ShopeeTagAMate yang mahu pembeli meneka gambar yang telah dipotong.
“Setiap hantaran di laman sosial itu akan diberikan pembayang membolehkan anda semua menekanya, jangan lupa anda kena lihat semua video kempen Shopee For Men itu semua,” jelas kenyataan itu.

Anda sudah tentu mahukan lagi keseronokan membeli-belah di Shopee apabila, platform ini turut menawarkan baucer istimewa dengan kod “UTUSAN7” untuk pengguna baharu aplikasi ini mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Bagi pengguna sedia ada pula, anda juga boleh memperolehi potongan dengan kod “UTUSAN10”  mengikut terma dan syarat oleh pihak Shopee.

shopee
 

Jom apa lagi, jangan tunggu lama-lama klik di Shopee untuk terus membeli pilihan hati anda. #ShopeeForMenMY. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×