WASHINGTON 21 Feb. – Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi meminta pengubal undang-undang menyokong resolusi bagi menghentikan deklarasi darurat nasional Presiden Donald Trump bagi mendapatkan dana untuk pembinaan tembok di selatan sempadan dengan Mexico hari ini.
Mereka mempunyai masa sehingga pukul 3 petang ini bagi penaja bersama sebelum ia dibentangkan pada Jumaat ini.
Terdahulu, Trump mengumumkan darurat itu untuk melepasi Kongres yang mana telah meluluskan hanya suku daripada AS$5.6 bilion (RM22.8 bilion) bagi pembinaan tembok berkenaan.
Pada awal minggu ini, 16 negeri menyaman deklarasi berkenaan namun pentadbiran Trump meneruskan perancangan bagi mengumpul peruntukan persekutuan berjumalh AS$6.6 bilion (RM26.87 bilion) terutama daripada Jabatan Pertahanan. – AFP










