Pelbagai pihak siap siaga hadapi musim kemarau di Terengganu - Utusan Malaysia

Pelbagai pihak siap siaga hadapi musim kemarau di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Perubahan iklim dunia ekoran isu pemanasan global yang membawa kesan ketidaktentuan cuaca mula dirasai di negara ini terutama di negeri-negeri di utara tanah air.

Meskipun fenomena itu belum dirasai sepenuhnya, banyak pihak telah bersedia menghadapinya dengan cara masing-masing bagi memastikan impak buruk tidak menjejaskan kehidupan seharian orang ramai, tanaman dan hidupan lain di negeri ini.

Pembekal utama bekalan air di negeri ini, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) telah mula melakukan pemantauan berterusan terhadap sumber air di setiap daerah yang dikendalikan meskipun paras air masih terkawal dan tiada laporan diterima berhubung gangguan bekalan air setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Atemin Sulong berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk melepaskan air Empangan Kenyir di Hulu Terengganu bagi meningkatkan paras air di kawasan tadahan sekiranya situasi menjadi kritikal.

“Punca utama bekalan air kita adalah daripada sungai-sungai di negeri ini dan kita jangkakan musim kemarau akan berlaku bermula sekarang hingga bulan Julai, Namun situasi yang paling kritikal diramalkan adalah pada bulan April,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN