SUNGAI PETANI 11 Feb. – Seorang pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) maut setelah motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 58 Jalan Alor Setar-Butterworth berdekatan Stesen Minyak Shell Jalan Badlishah, Sungai Petani di sini, tengah malam tadi. Mangsa yang terbunuh ialah Mohamad Syazren Abdul Rahim, 29, pekerja syarikat Propel di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian pukul…








