KUCHING 8 Feb. – Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bagi penyewaan bas dan pembekalan perkhidmatan katering berjumlah RM16,000. Menurut sumber SPRM, Pegawai TLDM berpangkat Leftenan berusia 30 tahun itu ditahan ketika hadir untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan pada 9.50 pagi tadi. “Pegawai terbabit dipercayai bersubahat dengan tiga suspek yang ditahan sebelum ini dengan mengemukakan…










