Pasukan khas ditubuh kesan kumpulan samun bermotosikal - Utusan Malaysia

Pasukan khas ditubuh kesan kumpulan samun bermotosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 22 Feb. – Polis Klang Selatan telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan sekumpulan lelaki yang melakukan kegiatan samun bersenjatakan parang di sekitar daerah ini dan kawasan Lembah Klang dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian awal berlaku di sekitar daerah ini apabila kumpulan bermotosikal terbabit telah melakukan samun sekitar pukul 3 hingga 4 petang.

Katanya, kumpulan terbabit menggunakan modus operandi dengan bergerak secara berkumpulan menaiki

motosikal dan menyerang mangsa yang berseorangan di kawasan rumah dengan bersenjatakan parang dan meminta mangsa menyerahkan barangan berharga.

“Dalam dua kejadian semalam, dua laporan polis telah kita diterima dan jumlah kerugian yang dialami mangsa dianggarkan bernilai RM15,000. Oleh demikian, dua kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat dibawah seksyen 395/397 Kanun keseksaan.

“Kita dimaklumkan, kejadian yang sama juga dilaporkan berlaku dibeberapa kawasan di Lembah Klang dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama. Kita telah menubuhkan satu pasukan khas (Task Force) bagi mengesan dan menangkap penjenayah yang terlibat dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Shamsul Amar berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan bantuan bagi mengesan penjenayah terbabit dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan

di talian 03-33719999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN