Cuti hujung minggu paling dinantikan oleh pengumpul dan peminat barangan antik untuk berkunjung ke Amcorp Mall, Petaling Jaya bagi mendapatkan pelbagai koleksi di pasar karat di pusat beli-belah itu. Pasar hujung minggu yang menempatkan lebih 200 peniaga itu turut dijadikan medan berkumpul buat pencinta barang antik yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berusia untuk berkongsi cerita mengenai hobi masing-masing. Antara himpunan yang boleh didapati termasuk radio, piring hitam, hiasan rumah, mesin…










