Pas pun tidak bertanding - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Pas pun tidak bertanding – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 23 Feb. – Pas dipersoal kerana mencampuri urusan berkempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti yang bekerjasama dengan Barisan Nasional itu juga tidak bertanding pada PRK ini.

”Saya tidak nampak logikla. Apa kerja macam-mana pun, kita harap pengundi akan mengundi kita. Pas tidak bertanding kan. Ok tak apa lah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Gotong-Royong Perdana Bandar Rinching, Seksyen 6 di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang meminta PH tidak menyalahkan Pas jika calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kalah di PRK DUN Semenyih kerana PKR dan DAP didakwanya tidak turun bekerja.

Ahli Parlimen Marang itu melahirkan kebimbangan parti yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu bakal tumbang di PRK kali ini kerana tidak mendapat bantuan daripada parti komponen lain.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN