Orang bujang hargai tapi cukupkah RM100? - Utusan Malaysia

Orang bujang hargai tapi cukupkah RM100?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAK ada angin, tak ada ribut tiba-tiba Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) dikembalikan kepada golo­ngan bujang. Sebelum ini, orang bujang tidak layak mohon BSH sedangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), orang bujang antara penerimanya.

Selepas dianaktirikan, keputusan kerajaan untuk buat pusingan U sememang­nya dihargai kerana kepen­tingan orang bujang diambil berat juga akhir­nya. Namun, adakah nilai RM100 untuk tiga juta orang bujang yang layak itu mencukupi?

Komitmen orang bujang juga bukan calang-calang.

Sewa rumah, hutang bank, pinjaman pelajaran, duit untuk mak dan ayah dan kos-kos lain yang terpaksa ditanggung dalam kehidupan seharian masing-masing tentunya sudah melebihi RM100 apatah lagi yang tinggal di bandar.

Bukan tidak bersyukur tetapi dengan kos sara hidup semasa, jumlah itu tidak relevan. Semasa pentadbiran kerajaan terdahulu, BR1M untuk orang bujang berpendapatan kurang RM2,000 adalah RM450, sedap­lah sikit. Sekurang-ku­rangnya beban yang ditanggung dapat diringankan.

Apa yang boleh dilakukan dengan nilai RM100 ketika ini? Isi minyak kereta yang digunakan untuk ulang-alik mencari rezeki pun mungkin sudah mencecah RM80 dan hanya bertahan kira-kira tiga hingga empat hari sahaja.

Soalnya di sini apakah pemberian itu sekadar untuk menunjukkan kerajaan PH juga memberi bantuan tunai kepada orang bujang?

Lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 2 Mac ini dan satu lagi PRK iaitu di DUN Rantau tidak lama lagi.

Jika disemak, sebelum ini semasa pengumuman pemberian BSH awal tahun ini, hak tiga golongan termasuk orang bujang telah dinafikan 100 peratus daripada menerima bantuan sehingga mencetuskan kritikan ramai pihak termasuk pe­mimpin politik dan golongan akademik.

Mungkin benar kerajaan PH ketika ini masih memandang tinggi apa diperkatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa tidaknya, selepas Najib menulis dalam Facebook beliau tentang golongan bujang yang tidak menerima BSH awal bulan ini, barulah kerajaan mahu bertindak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN