BATU PAHAT – Seorang nelayan ditahan Maritim Malaysia (APMM) selepas disyaki memiliki dadah ketika menangkap ikan di Sungai Ayam di sini malam semalam. Lelaki berusia 25 tahun itu diberkas ketika sedang menarik pukat di kedudukan satu batu nautika dari Sungai Ayam. Menurut Pengarah APMM Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman, sepasukan anggota sedang melakukan rondaan dan melakukan pemeriksaan ke atas bot fiber yang digunakan nelayan terbabit. “Ketika bot…










