KUALA LUMPUR – Atlet olahraga kebangsaan, Nauraj Singh Randhawa meleburkan rekod kebangsaan acara lompat tinggi dalam dewan dengan catatan baharu 2.19 meter (m) untuk memenangi tempat kedua Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Erdgas ke-21 di Chemnitz, Jerman semalam. Catatan tersebut memperbaharui rekod lama dalam dewan kebangsaan 2.15m kepunyaan seorang lagi atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei yang melakukannya sebanyak dua kali di Ostrava, Republik Czech dan Vienna, Austria pada 2012.…










