LONDON 23 Feb. – Ketika Manchester City mengintai trofi pertama daripada empat kesemuanya musim ini menerusi final Piala Liga malam esok, nasib berbeza menanti pengurus Chelsea, Maurizio Sarri.
Kedua-dua pasukan bakal berentap memburu juara namun Sarri lebih direntap kebimbangan kerana kemungkinan ia akan menjadi perlawanan terakhirnya sebagai pengendali kelab itu.
Kini hanya kemenangan dalam perlawanan tersebut sahaja yang akan menjadi penyelamat Sarri sekali gus membolehkan pengendali berusia 60 tahun itu meraih trofi pertamanya selepas lapan bulan bersama Chelsea.
“Kami kini berada di final yang pertama musim ini.
“Kami juga hanya satu mata dipisahkan daripada kelompok empat teratas malah sama mata dengan Arsenal yang orang kata boleh tahan bagus,” kata Sarri. – AGENSI










