KUALA LUMPUR 8 Feb. – DUA pasukan pilihan Liga Hoki Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pasukan Hoki Terengganu (THT) berdepan dua nasib berbeza hari ini. UniKL mempertahankan kedudukan pendahulu liga dengan penuh bergaya apabila menjadikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mangsa belasahan 11-0 di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi. Juara Piala Sumbangsih, THT kalah mengejut 1-2 kepada TNB Thunderbolts yang majoritinya dibarisi pemain berusia 17 dan 18 tahun. Lebih mengejutkan,…










