MIAMI 19 Feb. – Pemain sayap Portugal, Nani yang pernah memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak empat kali dan menjuarai Liga Juara-Juara pada 2008 ketika bersama
Manchester United telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) , Orlando City.
Pemain berusia 32 tahun itu turut membantu Portugal memenangi Kejohanan Eropah (Euro) pada 2016 menyertai kelab yang berpangkalan di Florida itu secara percuma dari
Sporting Lisbon.
“Pastinya dengan kemasukan pemain seperti dia akan membuatkan kami teruja. Nani pasti membawa pengalamannya yang cukup menakjubkan kepada kelab ini.
“Dia seorang pemain sayap yang dinaik dengan kualiti yang dimilikinya untuk membuat hantaran serta memberi impak kepada permainan,” kata Timbalan Presiden Eksekutif Orlando City, Luiz Muzzi.
Nani menjaringkan sembilan gol dalam 58 penampilan bersama Sporting, dia berpindah ke Old Trafford pada 2007 sehingga 2014 dan berjaya meledak 41 gol daripada 230 penampilan bersama Red Devils dalam semua kejohanan. – AFP.











