KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kenapa tergopoh-gapah sangat hendak melaksanakan Skim Perlindungan Nasional B40 (Skim mySalam), sedangkan perkhidmatan kesihatan negara ketika ini antara yang terbaik di dunia? Tidak semua perkara yang dilaksanakan di Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom boleh dicontohi kerana hakikatnya ketiga-tiga negara itu juga gagal dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat masing-masing. Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Prof. Dr. Azmi Mohd. Nor berkata, kesihatan, pendidikan dan infrastruktur merupakan tiga bidang utama yang tidak patut diswastakan kerana akan memberi kesan jangka panjang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya