KUALA LUMPUR 1 Feb. – Lukisan mural bercahaya pertama menggunakan tenaga solar pada lampu diod pemancar cahaya (LED) bakal menjadi simbolik dan tarikan ramai pengunjung untuk bergambar kenangan di dinding bangunan di Lot 86, Jalan Tun Tan Siew Sin di sini. Mural bercahaya itu mendapat sentuhan oleh seorang anak muda tempatan, Mohd. Anuar Mustapa, 35, yang dilukis sejak 18 Disember 2018 dan berjaya disiapkan 13 Januari lalu bertemakan warna-warni lambang masyarakat…