Moratorium bauksit berakhir 31 Mac ini - Utusan Malaysia

Moratorium bauksit berakhir 31 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Tempoh moratorium bagi menghalang semua kegiatan melombong dan mengeksport mineral bauksit di negeri ini bakal ditamatkan pada 31 Mac depan.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, ia bermakna kegiatan melombong dan mengeksport bauksit boleh dijalankan semula pada April depan, namun perlu mematuhi segala syarat prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Semua AP (kebenaran import dan eksport) akan luput pada 31 Mac ini. Pemain industri perlu memohon AP baharu dan mematuhi SOP yang disediakan oleh kerajaan Pusat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bauksit (bercampur tanah) juga harus dicuci sebelum dibawa ke pelabuhan untuk eksport,” ujar Xavier semasa sidang akhbar di Lembaga Pelabuhan Kuantan di sini hari ini.

Terdahulu, Xavier melawat tapak pengumpulan stok bauksit berdekatan Pelabuhan Kuantan di sini bagi meninjau lambakan 260,000 tan metrik bahan mineral tersebut yang tidak dieksport dalam tempoh pelaksanaan moratorium sejak Januari 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×