Mohamad Sabu akui tidak miliki ijazah - Utusan Malaysia

Mohamad Sabu akui tidak miliki ijazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang turut terpalit dengan kontroversi melibatkan kelayakan akademik kerana didakwa memiliki ijazah seni kulinari palsu tampil membela diri apabila menafikan perkara itu.

Mohamad malah memberitahu tidak pernah mendakwa memiliki segulung ijazah dalam bidang berkenaan daripada mana-mana universiti.

“Kononnya saya ada diploma atau ijazah kulinari. Daripada dulu saya tak pernah sebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya saya dibuang dari Institut Teknologi Mara (ITM),” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today.

Tambah Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), kehebatannya dalam memasak mungkin menyebabkan ramai pihak menyangka beliau mempunyai ijazah dalam seni kulinari.

Beliau malah mengingati kata-kata aktivis Hishamuddin Rais yang menyamakan dirinya dengan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Ronald Reagan yang juga tidak mempunyai ijazah.

“Mungkin sebab saya handal memasak, jadi orang ingat saya menuntut di kolej. Reagan juga tak ada ijazah tapi dia pimpin AS,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×