MFL beri tempoh 48 jam, untuk 7 pasukan hantar maklumat tambahan - Utusan Malaysia

MFL beri tempoh 48 jam, untuk 7 pasukan hantar maklumat tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan sudah mengarahkan kesemua tujuh pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji supaya menghantar maklumat tambahan mengenai status kewangan pasukan dalam tempoh 48 jam berkuatkuasa hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pematuhan MFL, Desmond Dominic Raju selepas mendapati dokumen yang dihantar oleh tujuh pasukan berkenaan masih memerlukan maklumat tambahan untuk menyokong dokumen kewangan masing-masing selepas tarikh tutup semalam.

“Selepas kesemua dokumen yang dikemukakan oleh tujuh pasukan berkenaan diteliti, kami mendapati masih ada maklumat tambahan yang diperlukan.

“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MFL Kevin Ramalingam dan beliau meminta semua pasukan mengemukakan maklumat tambahan dalam dokumen kewangan yang mereka hantar sebelum ini.

“Semua pasukan diberikan tempoh 48 jam berkuatkuasa hari ini untuk menyediakan maklumat tambahan itu. Selepas tempoh itu, saya akan memaklumkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk penilaian dan keputusan akhir,” katanya.

Difahamkan tujuh pasukan yang diminta menyerahkan dokumen kepada MFL adalah Felda United, Perlis, Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, PDRM dan Melaka United. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN