Menteri, ahli parlimen, wakil rakyat PH perlu dikursuskan - Utusan Malaysia

Menteri, ahli parlimen, wakil rakyat PH perlu dikursuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 5 Feb. – Kalangan menteri, ahli parlimen dan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) perlu diberi kursus asas pengurusan dan pentadbiran dengan segera.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Dr. Azman Ibrahim berkata, cadangan itu wajar diberi perhatian memandangkan ramai yang masih tidak faham tentang bidang tugas dan struktur asas pentadbiran. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri berkata, sebagai peneraju kerajaan Pusat, kekurangan yang terlalu ketara itu tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan menteri, ahli parlimen dan wakil rakyat PH. 

“Ada wakil rakyat yang desak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) ambil tindakan terhadap Pas dalam isu RM90 juta. 

“Apa dia ingat tanpa laporan SPRM boleh bertindak. Buatlah laporan. Atau mereka rasa SPRM adalah satu sayap parti PH yang boleh didesak begitu sahaja?” soalnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi miliknya di sini hari ini. 

Menurut Dr. Azman, dalam kes berasingan, Menteri Pengangkutan  juga pernah dilihat mencampuri hal Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga perlu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara bahawa PDRM adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri. 

“Bukan kita kata wakil rakyat Pas semua mahir hal pentadbiran tetapi kekurangan dalam kalangan PH nampak terlalu ketara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN