Menangis kerbau jantan disembelih - Utusan Malaysia

Menangis kerbau jantan disembelih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Persahabatan antara Muhammad Syukur Khamis dengan kerbau jantan kesayangannya, Tokol sejak dua tahun lalu sampai jua ke penghujung apabila haiwan peliharaan bapanya itu disembelih untuk dijadikan lauk kenduri kahwin buat dua abangnya di Kampung Banggol Katong, Serada di sini semalam.

Muhammad Syukur, 14, ha­nya mampu menangis ketika membawa kerbau seberat 300 kilogram itu menaiki lori untuk dibawa ke pusat sembelihan di Wakaf Tapai, Marang pada pukul 6.30 petang kelmarin.

Remaja yang mendapat jolokan ‘Mowgli Asia’ itu memberi­tahu, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh bapanya, Khamis Jusoh, 64, pada bulan lalu untuk kenduri kahwin dua abangnya, Muhamad Kamil, 30, dan Muhamad Alias, 29.

 Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN