Membelakangkan janji PH, pemimpin politik digesa lepaskan jawatan - Utusan Malaysia

Membelakangkan janji PH, pemimpin politik digesa lepaskan jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Mana-mana pemimpin politik terutamanya ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membelakangkan janji-janji Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu digesa untuk melepaskan jawatan masing-masing.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, yang juga pemimpin DAP, Dr. Boo Cheng Hau berkata, pemimpin tertinggi Bersatu telah memungkiri beberapa janji lebih daripada sekali malah kerap berbuat demikian.  

“Kerajaan semasa perlu mendengar luahan rakyat dan mengekalkan komunikasi dua hala kerana pada akhirnya rakyat merupakan `bos’ mereka.

“Jadi, mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan membelakangi janji-janji pilihan raya PH perlu melepaskan jawatan mereka,” katanya menerusi kenyataan seperti dipetik dalam laporan The Star Online, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN