KUALA LUMPUR 6 Feb. – Jumlah majoriti pengundi Melayu sebanyak 68 peratus dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan bermula 16 Februari ini akan menjadi kelebihan kepada gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pas untuk menewaskan Pakatan Harapan (PH). Hal ini kerana PH dilihat masih gagal menambat hati kaum Melayu selain hilang populariti disebabkan beberapa isu sentitif yang menyentuh etnik tersebut seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan…










